Translate: English

Siapakan Pengasas Pengalaman Shinken?


Pengasas Pengalaman Shinken ialah Kenneth Lim (Tee Hak). Dia adalah anak Malaysia yang dibesarkan dari sebuah keluarga yang kecil di Gombak Kuala Lumpur. Dia graduat dari sebuah universiti di Selangor, salah satu 13 negeri yang cantik dan kaya dengan kebudayaan dari berbilang kaum. Makanan gemarannya termasuk semua jenis buah-buahan, nasi lemak rendang ayam dan tosei berdahl.

Sebaik saja dia habis sekolah, dia bermula kerjayanya sebagai seorang jurujual dan juruberkhidmant di sebuah syarikat antarabangsa (Ecolab Inc.) yang berniaga dalam kepakaran teknologi pembersihan dan kebersihan untuk industri hotel dan industri pembuatan makanan dan minuman. Dia berasa senang hatinya apabila dapat bekerja sama rapat dengan para ahli kepakaran industri dan perniagaan untuk menangani keperluan piawai kebersihan yang semakin meningkat di dalam industri berkenaan.

Dia bekerja menuju ke arah tangga korporat dan dilantik sebagai pengurus besar untuk mengurus pejabat di Malaysia. Sebagai seorang pengurus besar yang muda sekali di rantau Asia Pasifik pada masa itu, jawatan tersebut telah memperluaskan pendedahan pengalaman perniaggan antarabangsa dan kebudayaannya di US, EU dan Asia Pasifik. Selain dari kerjayanya, salah satu kegemarannya ialah Kendo, sejenis seni pertahanan diri yang menggunakan pedang buluh yang berasal dapripada Jepun. Dia bermula mengenali Kendo di 1995. Pada tahun 2006, dia mewakili Malaysia untuk menyertai Pertandingan Sedunia Kendo ke-13 yang berlangsung di Taiwan.

Dalam Kendo, dia terasa keunikan kaedah pengajaran kendo di dojonya. Dalam prosess pembelajarannya, dia disuruh oleh sensei (guru)nya untuk memukul pedang buluhnya ke atas kote (tangan) dan men (kepala) senseinya. Walaupun adanya pemakaian alat perlindung (bogu), kesakitan masih boleh menjadi sukar dibiayai kerana pukulan tersebut dilakukan dengan cara yang kurang betul oleh pelajar permulaaan yang sepertinya. Dia terharu kerana senseinya menanggung kesakitan tersebut untuk membetulkan kesalahannya dalam ashi-sabaki (gerakan kaki), kote-uchi (pukulan ke bahagian tangan) dan shomen uchi (pukulan ke bahagian kepala). Ini menggalakkan keinginannya untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut atas semangat kendo ini. Dia berpendapat semangat di sebalik cara pegajaran kendo itu mengandungi implikasi yang penting. Oleh yang demikian, dia bermula mengkaji bahan-bahan rujukan yang berkenaan dengan kendo and akhirnya ia mengenali sejarah tentang Miyamoto Musashi.

Pada tahun 2007, dia meletakkan jawatan dari syarikat yang telah dia berkhidmat selama 12 tahun dan melanjutkan kajian kendo and Miyamoto Musashi di Jepun. Dia menggunakan masa 2 tahun belajar di International Budo University di bandar Katsuura, Chiba. Dia bersyukur kerana dapat berkenalan dengan ramai kawan yang baik dari merata dunia dan mendapat sokongan daripada sensei dan profesor yang sudi sedia membantu dalam process pembelajarannya. Pada 2009, pelajarannya atas kendo dan Musashi tamat dan pulang ke pangkuan keluarganya.

Pengalaman Shinken merupakan kesimpulan yang berdasarkan apa yang telah ia pelajari, berlatih dan mengalami daripada semangat kendo dan pengalaman Miyamoto Musashi.

NEXT: Facts and Found

RETURN: Main Menu

Copyright © 2009 Shinken Experience. All Rights Reserved.